Friday, February 26, 2010

Selamat Pengantin Baru..Haryani dan Fahmi

Kek 2 tingkat ini dibuat khusus untuk pasangan pengantin yang telah mendirikan masjid pada 26 Feb 10. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Haryani, dari Jabatan Sains Makanan, UMT dan pasangannya, Fahmi. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Diharapkan pasangan pengantin dan keluarga berpuas hati dengan kek ni. Ini adalah percubaan pertama membuat kek untuk pengantin.

Saturday, February 20, 2010

Cupcake yang ditempah oleh Sandra sempena harijadi anaknya.
Sandra telah menempah sebanyak 50 biji cc

Cupcake untuk hantaran pertunangan

Berminat untuk order cupcake sebagai hantaran pertunangan??
Order saja disini untuk mendapatkan cupcake yang comel dengan harga berpatutan.
25pcs cupcake dengan papercup. Dekorasi buttercream dan fondant.
RM 45.00/25 pcs

kek Hantaran Pertunangan

Kek coklat moist bersama dekorasi dari ganache ini sesuai dijadikan hantaran pertunangan atau perkahwinan. Dijamin lazat dan digemari ramai.

Harga?? Murah saje

RM 40.00/1kg++

Friday, February 12, 2010

Mufin kiwi dan strawberi









Kak Rodiana dari FPE, UMT telah menempah sebanyak 60 biji mufin kiwi dan strawberi ini untuk majlis khatam Al-Quran anaknya. Terima kasih daun keladi.
Harga : RM 0.80/pcs (minimum 30 biji)

Saturday, February 6, 2010

Happy 1st Birthday

American Chocolate Cake ini ditempah oleh Feeda untuk majlis sambutan harijadi anak keduanya...Raqib yang telah berusia setahun. HAPPY BIRTHDAY RAQIB. Mama Feeda juga menempah 50 pax nasi ayam sempena majlis tersebut. TQ Feeda.
American chocolate cake...sesuai untuk penggemar coklat kerana kek coklat mentega 2 lapis ini disaluti sepenuhnya dengan 'ganache' (campuran double cream, coklat masakan dan butter). 
RM 50.00/1kg++
RM 30.00/500gm++

Monday, February 1, 2010

Choc Moist Cake untuk ulangtahun perkahwinan

Kek CMC ini ditempah oleh Kak Asma dari UMT sempena ulangtahun perkahwinan beliau. Kak Asma juga membeli 5 pek karipap pusing berinti daging (sejukbeku).Setiap pek ada 10 biji. TQ Kak Asma. 

Harga kek CMC- RM30.00/1 kg
Harga karipap pusing sejukbeku: RM3.50/10biji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...